Friday 9 September 2011

suka duka silih berganti

Rasanya ini merupakan kali pertama saya menulis dalam blog sendiri..Suka duka silih berganti yang sentiasa akan kekal dalam ingatan setiap manusia..Begitu juga kepada hamba ini yg kerdil di mata-Nya.Tiba-tiba terkedu dan teringat kembali kepada masa yang lalu yg m'ingatkan kita kepada betapa singkat nya kehidupan kita di dunia ini. Betapa sayang nya anda kepada dia yang telah pergi, namun di hati masih dekat dan akan kekal dalam ingatan kita semua. Walaupun, perpisahan adalah amat perit untuk dilakukan namun Tuhan lebih menyayangi dia. Tidak ku sangka permegianku ke Kuala Lumpur merupakan kali terakhir kita berjumpa dan buat selamanya.

Kenangan yang telah ditinggalkan akan kekal terpahat dalam hati kita semua semasa bekerja di tapak bina untuk projek PPR. Setiap kali melalui kawasan tersebut, pastinya teringat kepada gurau senda yang kita lalui bersama walaupun perkenalan kita hanya seketika cuma. Namun, pastinya ianya akan menjadi satu memori yang terindah buat kita semua. Akan ku ingati setiap tunjuk ajar mu sifu.